Menu
Caring For Your Heart

Pengobatan untuk Gagal Jantung Lanjutan

Bapak M, berusia 60 tahun, sedang menantikan masa untuk bersara. Die berkerja keras sepanjang hidupnya dan telah membesarkan anak-anaknya dengan baik. Dia memiliki tubuh yang sihat dan tegap. Dia tidak perlu berjumpa dengan doktor kerana dia memiliki gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok dan meminum alkohol. Namun, baru-baru ini, beliau merasakan nafas yang lebih pendek, sehingga dia memiliih untuk berjalan-jalan di tingkat paling bawah di kawasan rumahnya. Selain itu, dia selalu merasa lelah dan kehilangan tenaga untuk bermain bersama cucu-cucunya walaupun kegiatan tersebut amat dinantikan saat pensaraannya tiba. Pada suatu malam, Bapak M terbangun kerana sesak nafas dan dia berasa takut. Isterinya pun menelefon ambulans kerana bimbang akan kesihatan suaminya.

Di rumah sakit, diagnosis yang diperolehinya adalah Congestive Cardiac Failure atau kegagalan jantung. Jantungnya amat lemah sehingga tidak mampu mengepam darah ke seluruh tubuh dan alirah darah ke bahagian kiri jantung sangat lambat sehingga menyebabkan penyumbatan di paru-paru. Die harus baring terletang kerana sukar bernafas. Kedua-dua kaki dan abdomen menjadi bengkak kerana penumpukan air yang berlebihan di dalam badan. Sebelumnya, beliau anggap kesakitannya kerana usia yang meningkat tua. Namun, sekarang beliau mengetahui akibatnya ialah dari kelemahan jantung. Organ vital termasuk ginjal tidak menerima cukup aliran darah kerana ginjanyal tidak berfungsi dengan baik sehingga tidak dapat membuang cairan dengan lancar, dan ini menyebabkan tubuhnya menjadi bengkak.

Doktor memberikan pengubatan untuk membuang cairan lebih dalam tubuh dan juga untuk meningkatkan fungsi jantung. Untuk mengetahui penyebab dari lemah jantung, beliau menjalani pemeriksaan Echocardiography (sejenis Ultrasound untuk jantung) and Coronary Angiography. Hasil Echocardiography menunjukkan jantungnya hanya berfungsi seperempat dari normal – LVEF 15% (normal 60%). Sementara Coronary Angiography memberikan hasil yang mengejutkan kerana tiada penyumbatan. Penyumbatan arteri merupakan salah satu penyebab umum dari penyakit jantung dan gagal jantung pada kaum lelaki, namun ada penyebab lain. Kemungkinan, Babak M menderita infeksi viral beberapa bulan lalu yang berpengaruh pada jantung, sehingga kondisinya semakin lemah sampai ke tahap sekarang.

Kondisi Jantung Normal
Kondisi Jantung Lemah yang Parah

Bapak M berasa lebih sihat setelah menjalani rawatan inap dan memperoleh beberapa ubat, serta perjanjian dengan spesialis jantung. Namun, gejala kembali tidak lama setelah keluar rumah sakit. Bapak M mengalami sesak napas, bengkak pada kaki juga kembali dan tidak dapat tidur terletang. Di rumah sakit, dia memperoleh perawatan dan pengubatan yang sama, dan keluar setelah beberapa hari rawatan inap. Kesakitan tersebut berulang beberapa kali dan Bapak M risau akan kesihatannya yang tidak membaik. Hal tersebut membuatnya mengalami kemurungan dan isterinya pun berhenti bersenyum. Riuh tawa dari cucu Bapak M juga hilang kerana tidak lagi tinggal bersama, akibat dia terlalu letih untuk mengurus mereka dan isterinya harus menjaganya dengan baik.

Pada pertama kali saya bertemu dengan Bapak M, dia telah mengalami kondisi diatas selama 6 bulan dan sudah putus harapan untuk sembuh. Kerja keras tahunan yang dijalaninya tampak tidak berguna. Secara kebetulan, untuk pertama kalinya ambulans membawanya ke rumah sakit tempat saya berkerja. Seperti prosedur sebelumnya, beliau menjalani perawatan untuk membuang cairan lebih (diuretic). Prosedur ini tidak direkomendasikan untuk dilakukan beberapa kali kerana pengubatan diuretic dosis tinggi dapat mengurangi efek dalam tubuh. Doktor rumah sakit lain tidak salah memberikan pengubatan tetapi yang menjadi masalah adalah Bapak M mengalami gagal jantung yang lebih parah dari kebanyakan pesakit. Tanpa pengalaman klinikal yang memadai, doktor tersebut tidak dapat disalahkan kerana hanya memberikan pengubatan yang normal.

Saya berjaya menyelesaikan pelatihan selama setahun untuk Fellowship in Heart Failure and Cardiac Transplantation di Cleveland Clinic di Ohio, Amerika Syarikat. Ia terkenal sebagai rumah sakit top di Amerika untuk pengubatan masalah jantung, dan telah menerima penghargaan selama 19 tahun berturut-turut sejak 1994. Setiap tahun, rumah sakit tersebut melakukan banyak pemindahan jantung dan Left Ventricular Assist Device (LVAD) – alat sirkulasi peredaran darah yang digunakan untuk menggantikan sebagian atau seluruh fungsi dari jantung yang bermasalah, selain itu juga menjadi acuan dari berbagai klinik di seluruh dunia melalui penelitian dan artikel. Doktor dan rumah sakit di Amerika dan di berbagai belahan dunia akan merujuk pesakit yang memiliki masalah jantung yang paling parah ke Cleveland Clinic. Bahkan rumah sakit bergengsi di Amerika seringkali angkat tangan dan merujuk pesakit ke rumah sakit ini. Saya beruntung kerana memperoleh kesempatan untuk mahir dalam merawat dan mengubati pesakit yang sakit parah. Saya juga dapat menyaksikan keajaiban kesembuhan pada pesakit sebelum kematian berlaku.

Saya segera mengenali kondisi Bapak M iaitu End-Stage Heart Failure/gagal jantung tahap akhir dan pengubatan rutin sahaja tidak cukup untuk membantu mengatasi masalah jantung dan organ vital lainnya. Untuk memastikan hal tersebut, saya melakukan katerisasi dan meneliti jantung bahagian kanan untuk mengetahui kondisi objektif fungsi jantung termasuk outputnya. Prosedur ini merupakan standard emas untuk mengukur fungsi jantung. Jantung Bapak M dalam kondisi kritikal kerana jantungnya hanya mampu mengepam 2 liter darah/menit, dimana jantung normal mampu mengepam darah 4-6 liter/menit. Hal ini menyebabkan fungsi organ tubuhnya terganggu dan hasil periksa darah menunjukkan penurunan fungsi ginjal. Beliau sukar untuk berkonsentrasi dan tidak dapat lagi berpikir jernih seperti sebelumnya. Jantungnya tidak mampu untuk mengepam darah dengan baik ke bahagian otak dan ini akan berpengaruh pada fungsi otak.

Selain itu, Bapak M melakukan transplantasi jantung untuk mengembalikan fungsi jantung menjadi normal. Pesakit yang berjaya melakukan transplantasi jantung, memiliki usia harapan hidup 10 tahun atau lebih, bahkan dapat mencapai 20 tahun. Namun, kerana implant jantung dianggap “benda asing” oleh tubuh pesakit, maka tubuh tidak menerima, dimana kondisi tersebut dikenal dengan “penolakan”. Penolakan tersebut akan membuat jantung transplantasi melemah dan akhirnya tidak boleh diselamatkan. Untuk mencegah penolakan, pesakit harus memakan ubat setiap hari tanpa putus untuk menekan sistem kekebalan tubuh. Pengubatan itu juga akan membawa berbagai efek sampingan potensial yang lain. Untuk transplant, pesakit harus menunggu kerana tidak boleh dipesan sebelumnya atau berharap pada pesakit yang sedang sakit melarat. Kadang-kala faktor kepercayaan/agama dan filosofi juga menjadi pertimbangan dalam hal transplantasi.

Alternatif lain yang dapat dilakukan adalah dengan memasang Left Ventricular Assist Device (LVAD), agar jantung dapat mengepam darah ke seluruh tubuh. Alat pengepam jantung sudah ada sekitar 50 tahun, namun baru-baru ini sahaja, alat yang lebih kecil dan tahan lama telah dikembangkan. Pengepam jantung memiliki 2 kelemahan: penggumpalan darah dalam alat dan infeksi akibat benda asing dalam tubuh. Kedua hal tersebut dapat diminimalisasi dengan Thoratec HeartMate II LVAD. Sejak 2005, 15.000 implan telah dilakukan diseluruh dunia. Seorang pesakit hanya menggunakan pengepam jantung saat ini adalah lebih dari 8 tahun. Pengepam dipasang pada jantung dan di hujung kabel lalu keluar melalui abdomen untuk bersambung ke bateri. Anda dapat sahaja berpapasan dengan individu yang menggunakan LVAD tanpa menyadari bahwa mereka menggunakan pengepam jantung. Masalah terbesar dari lata ini adalah harga yang amat mahal.

Saya membagi informasi tersebut dengan Bapak M dan keluarga, dan setelah sekian lama, beliau melihat adanya sedikit harapan. Informasi saya berikan sejelas mungkin berikut dengan risiko yang mungkin terjadi, kerana saya tidak ingin harapan beliau melambung tinggi. Beliau ingin kembali merasakan hidup normal dan menyetujui prosedur implant jantung. Namanya dimasukkan kedalam daftar setelah dievaluasi oleh Kumpulan Transplantasi Jantung. Tetapi apa yang dapat dilakukan sementara beliau menunggu donor?

Dengan Bapak M, kami berbincang mengenai jantungnya yang lemah sehingga besar kemungkinan dia akan kembali dirawat-inap dengan gejala yang sama. Pengubatan melalui infus untuk membuat jantung lebih kuat (inotrope) hanya bersifat sementar, sehingga banyak pesakit bergantung pada inotrope. Mengapa tidak memberikan obat tersebut secara terus menerus dan menghindari transplantasi jantung yang berisiko atau pengepam jantung yang sangat mahal? Pertanyaan yang sama diajukan para doktor beberapa tahun lalu dan banyak kajian yang berinformasi bahawa hal sepertinya ialah idea yang baik.

Namun hasil tidak sesuai dengan apa yang diharapkan oleh para doktor. Pesakit yang diberikan inotrope (contoh: as Dobutamine atau Milrinone), hanya membaik sesaat tapi memiliki risiko kematian lebih tinggi. Hal ini berlaku kerana jantung yang lemah, memberikan stimulan agar jantung bekerja lebih cepat sebenarnya hanya akan membuat jantung tertekan, sehingga memperbesar kemungkinan degupan jantung tidak normal, serangan jantung dan kematian berlaku dengan tiba-tiba.

Dengan kemajuan pada kajian, terdapat satu pengubatan inotrope yang bekerja secara berbeza dari sebelumnya. Meskipun tetap inotrope, namun ia tidak membuat jantung berasa tertekan. Ia meningkatkan otot jantung terhadap kalsium, yang penting agar jantung dapat mengepa. Oleh kerana itu, pengubatan ini diberi nama iaitu “Calcium-Sensitiser”.

Bapak M kembali menjalani rawat inap akibat Congestive Cardiac Failure/gagal jantung. Kali ini, beliau memutuskan untuk menjalani katerisasi jantung kanan dan infuse Calcium-Sensitiser iaitu Levosimenda. Disebabkan memasuki obat yang lebih kuat, infuse dilakukan di ruang gawat darurat dengan pengawasan berkesinambungan dan menggunakan standard emas untuk mengukur fungsi jantung. Infusi dapat dilakukan selama 1-3 hari, dimana saya menganjukan Bapak M untuk melakukan infusi Levosimendan selama 24jam. Kadang-kadang infuse dapat menyebabkan dengupan jantung tidak teratur. Bapak M beruntung kerana semua berjalan dengan lancar dan beliau dapat pulang setelah beberapa hari.

Bapak M kembali menemui saya setelah beberapa bulan. Beliau nampak bahagia dan mulai kembali menikmati hidup. Tidak ada lagi kaki yang membengkak. Beliau amat memperhatikan kesihatan dan memakan seluruh ubat yang dianjurkan. Yang berbeza adalah tidak ada lagi rawat inap semenjak beliau memperoleh infusi Levosimendan.

Setahun kemudian, Bapak M tidak lagi masuk dalam daftar tranplantasi kerana beliau tidak lagi menunjukkan gejala gagal jantung. Beliau dapat berjalan tanpa merasa keletihan pada nafasnye. Echocardiogram lanjutan menunjukkan jantung yang masih lemah, dengan kemampuan mengepam darah 15-20%, dimana normalnya adalah 60%. Namun jantungnya telah mampu beradaptasi dengan kondisi lemah dibantu oleh pengubatan optimal. Saya tidak ragu bahwa faktor penting dari infusi Levosimendan yang membuat perbedaan. Bapak M masih harus minum obat setiap hari dan melakukan pemeriksaan kesihatan rutin. Namun demikian, beliau tidak lagi berkutat dengan rawat inap. Sekarang beliau dapat kembali merasakan masa pensaraan dan yang paling penting, bermain bersama para cucu serta menikmati tawa mereka.

Temui spesialis segera jika Anda merasakan nafas pendek atau sakit pada dada atau khuatir dengan masalah kesihatan jantung Anda.

Profil Penulis:
Dr. Daniel Yeo Poh Shuan
MBBS (Western Australia), MRCP (UK), FRCP (Edinburgh),
FAMS (Cardiology), FACC (USA), Diplomate ASCeXAM (NBE, USA)
Konsultan Kardiologi
Echocardiologis Bersertifikasi dari Dewan
Spesialis Gagal Jantung
Dr. Daniel Yeo meraih gelar MBBS dari University of Western Australia pada April 1999. Setelah menyelesaikan pelatihan dasar di Sir Charles Gairdner Hospital, Western Australia, pada 2002, beliau kembali ke Singapura dan bergabung dengan Rumah Sakit Tan Tock Seng dan turut membantu pasien SARS saat virus tersebut merebak tahun 2003, sehingga memperoleh penghargaan Courage Star dari Presiden Singapura. Pada 2004, Dr. Yeo memperoleh Membership of the Royal College of Physicians (United Kingdom) dan menyelesaikan Pelatihan Spesialis Lanjutan di bidang Kardiologi di tahun 2007, dan memperoleh akreditasi penuh sebagai Spesialis Kardiologi dari Kementrian Kesehatan Singapura dan Konsil Medis Singapura. Beliau terpilih menjadi Fellow of the Academy of Medicine, Singapore pada tahun 2008 dan saat ini menjabat sebagai Wakil Pengurus Dewan Pengurus Kardiologis.

Dr. Yeo merupakan ahli di bidang Echocardiography, pengobatan Gagal Jantung dan penyakit jantung lain. Beliau telah melakukan Trans-Oesophageal Echocardiography, Ultrasound-guided Pericardiocentesis, Haemodynamic Tailored Therapy untuk Gagal Jantung, Terapi Iron-repletion dan Biopsi Endomyocardial. Prosedur diatas merupakan tambahan dari prosedur standar Kardiologi yang ada seperti: Echocardiography Trans-Thoracic, Stress Echocardiography, Treadmill Stress Test, 24-hour ECG monitoring (Holter), 24-hour Blood Pressure monitoring, Coronary Angiography dan Terapi Intra-Aortic Balloon Counterpulsation.

Beliau selalu berusaha memahami kecemasan pesakit dan memberikan pengubatan pada setiap pesakit sebagai individu yang unik. Beliau mengubati pesakit berdasarkan bukti dan pengubatan kolaboratif sehingga diperoleh jantung sihat untuk setiap pesakit.

Untuk pendaftaran dan keterangan lebih lanjut, silahkan menghubungi melalui e-mel ApexHeartClinic@gmail.com; atau telefon +65-64797928. Terima Kasih Banyak.